Kisah Chatim Al 'Ashom Dan Guru Shufi
~¤ Risalah Untuk Para Santri ¤~
Kisah Shufi
ﻛﺎﻥ ﺣﺎﺗﻢ ﺍﻷﺻﻢ ﻣﻦ ﺃﺻﺤﺎﺏ ﺷﻘﻴﻖ ﺍﻟﺒﻠﺨﻲ ﺭﺣﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﻠﻴﻬﻤﺎ، ﻓﺴﺄﻟﻪ ﻳﻮﻣﺎً ﻓﻘﺎﻝ : ﺻﺎﺣﺒﺘﻨﻲ ﻣﻨﺬ ﺛﻼﺛﻴﻦ ﺳﻨﺔً ﻣﺎ ﺣﺼّﻠﺖ؟ ﻗﺎﻝ : ﺣﺼّﻠﺖُ ﺛﻤﺎﻧﻲ ﻓﻮﺍﺋﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ، ﻭﻫﻲ ﺗﻜﻔﻴﻨﻲ ﻣﻨﻪ ﻷﻧﻲ ﺃﺭﺟﻮ ﺧﻼﺻﻲ ﻭﻧﺠﺎﺗﻲ ﻓﻴﻬﺎ . ﻓﻘﺎﻝ ﺷﻘﻴﻖ : ﻣﺎ ﻫﻲ؟
Chatim al-Ashom murid Syaqiq Balkhi rochmatullaahi Ta'aalaa 'alaihima, suatu hari beliau ditanya oleh sang guru; Syaqiq : murid ku, apa yang anda dapati selama tiga puluh tahun bersamaku ini? Jawab Chatim : Aku mendapati delapan faedah dari ilmu, dan itu sudah cukup bagiku, kerna aku berharap keselamatan dengannya." Syaqiq menimpali : apa saja ?
ﻗﺎﻝ ﺣﺎﺗﻢ : ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻷﻭﻟﻰ / ﺇﻧﻲ ﻧﻈﺮﺕ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﻓﺮﺃﻳﺖ ﻟﻜﻞ ﻣﻨﻬﻢ ﻣﺤﺒﻮﺑﺎ ﻭﻣﻌﺸﻮﻗﺎ ﻳﺤﺒﻪ ﻭﻳﻌﺸﻘﻪ، ﻭﺑﻌﺾ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻤﺤﺒﻮﺏ ﻳﺼﺎﺣﺒﻪ ﺇﻟﻰ ﻣﺮﺽ ﺍﻟﻤﻮﺕ ﻭﺑﻌﻀﻪ ﻳﺼﺎﺣﺒﻪ ﺇﻟﻰ ﺷﻔﻴﺮ ﺍﻟﻘﺒﺮ، ﺛﻢ ﻳﺮﺟﻊ ﻛﻠﻪ، ﻭﻳﺘﺮﻛﻪ ﻓﺮﻳﺪﺍً ﻭﺣﻴﺪﺍً، ﻭﻻ ﻳﺪﺧﻞ ﻣﻌﻪ ﻓﻲ ﻗﺒﺮﻩ ﻣﻨﻬﻢ ﺃﺣﺪ . ﻓﺘﻔﻜﺮﺕ ﻭﻗﻠﺖ : ﺃﻓﻀﻞ ﻣﺤﺒﻮﺏ ﺍﻟﻤﺮﺀ ﻣﺎ ﻳﺪﺧﻞ ﻣﻌﻪ ﻓﻲ ﻗﺒﺮﻩ، ﻭﻳﺆﻧﺴﻪ ﻓﻴﻪ، ﻓﻤﺎ ﻭﺟﺪﺗﻪ ﻏﻴﺮ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﺔ، ﻓﺄﺧﺬﺗﻬﺎ ﻣﺤﺒﻮﺑﺔ ﻟﻲ؛ ﻟﺘﻜﻮﻥ ﻟﻲ ﺳﺮﺍﺟﺎً ﻓﻲ ﻗﺒﺮﻱ، ﻭﺗﺆﻧﺴﻨﻲ ﻓﻴﻪ، ﻭﻻ ﺗﺘﺮﻛﻨﻲ ﻓﺮﻳﺪﺍً .
Pertama : "Aku memerhatikan bahawa setiap orang memiliki sesuatu yang dicintai dan rindui. Sebahagian mereka mendampingi ketika yang dicintai sedang sakit atau mengiringi jenazah ketika mereka hendak dikubur (setelah meninggal). Namun, semua kekasih itu akan kembali (ke rumah) dan meninggalkan mereka dalam kubur sendirian. Mereka tidak akan masuk kedalam kubur dan membantu mereka yang dicintai. Maka akupun benar-benar merenungkan kejadian ini dan sampai pada kesimpulan bahwa: ''Sebaik-baik (perkara) untuk dicintai adalah yang bisa dibawa masuk bersama dan menyertai di dalam kubur. Dan tidak lain perkara itu adalah amal sholih. Maka aku memilih untuk menyayangi dan menyintai sesuatu yang (nantinya) bisa menerangi kuburku, menemani dan tidak meninggalkan aku sendiri''
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﻳﻘﺘﺪﻭﻥ ﺃﻫﻮﺍﺀﻫﻢ، ﻭﻳﺒﺎﺩﺭﻭﻥ ﺍﻟﻰ ﻣﺮﺍﺩﺍﺕ ﺃﻧﻔﺴﻬﻢ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ": ﻭﺃﻣﺎ ﻣﻦ ﺧﺎﻑ ﻣﻘﺎﻡ ﺭﺑﻪ ﻭﻧﻬﻰ ﺍﻟﻨﻔﺲ ﻋﻦ ﺍﻟﻬﻮﻯ * ﻓﺈﻥ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻫﻲ ﺍﻟﻤﺄﻭﻯ " . ﻭﺗﻴﻘﻨﺖ ﺃﻥ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺣﻖ ﺻﺎﺩﻕ ﻓﺒﺎﺩﺭﺕ ﺇﻟﻰ ﺧﻼﻑ ﻧﻔﺴﻲ ﻭﺗﺸﻤّﺮﺕ ﺑﻤﺠﺎﻫﺪﺗﻬﺎ، ﻭﻣﺎ ﻣﺘﻌﺘﻬﺎ ﺑﻬﻮﺍﻫﺎ، ﺣﺘﻰ ﺍﺭﺗﺎﺿﺖ ﺑﻄﺎﻋﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭﺍﻧﻘﺎﺩﺕ .
Kedua : Aku melihat orang-orang yang memperturutkan hawa nafsunya, dan lekas melakukan keinginan dirinya. Maka aku merenungkan Firman Allaahu Ta'aalaa : "Dan adapun orang-orang yang takut kepada Kebesaran Tuhan-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal mereka ". Dengan meyakini secara mendalam akan kebenaran Ayat al Qur-aan ini, maka sadarlah diriku. Kemudian aku bersegera untuk menentang nafsuku dan aku bersiap untuk memerangi dan menghalanginya dari kesenangannya hingga nafsu bisa menjadi ridlo untuk ta'at kepada Allaah dan tunduk.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺜﺎﻟﺜﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻳﺴﻌﻰ ﻓﻲ ﺟﻤﻊ ﺣﻄﺎﻡ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ، ﺛﻢ ﻳﻤﺴﻜﻪ ﻗﺎﺑﻀﺎ ﻳﺪﻩ ﻋﻠﻴﻪ ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﻠﻰ ": ﻣﺎ ﻋﻨﺪﻛﻢ ﻳﻨﻔﺪ ﻭﻣﺎ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﺎﻕ " ﻓﺒﺬﻟﺖ ﻣﺤﺼﻮﻟﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻟﻮﺟﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻓﻔﺮّﻗﺘﻪ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﻤﺴﺎﻛﻴﻦ ﻟﻴﻜﻮﻥ ﺫﺧﺮﺍً ﻟﻲ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ .
Ketiga : Aku melihat setiap orang berusaha mengumpulkan harta dunia kemudian mereka menimbunnya dengan tangannya tergenggam. Kemudian aku merenungi Firman Allaah :",,Apa yang ada pada kalian akan hancur dan apa yang ada di Sisi Allaah adalah kekal." kemudian aku serahkan harta dunia yang aku dapati demi keridloan Allaah lalu aku bagikan kepada orang miskin agar harta itu menjadi simpanan bagiku di Sisi Allaah.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺮﺍﺑﻌﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﺑﻌﺾ ﺍﻟﺨﻠﻖ ﻳﻈﻦ ﺃﻥ ﺷﺮﻓﻪ ﻭﻋﺰﻩ ﻓﻲ ﻛﺜﺮﺓ ﺍﻷﻗﻮﺍﻡ ﻭﺍﻟﻌﺸﺎﺋﺮ ﻓﺎﻋﺘﺰﻭﺍ ﺑﻬﻢ . ﻭﺯﻋﻢ ﺁﺧﺮﻭﻥ ﺃﻧﻪ ﻓﻲ ﺛﺮﻭﺓ ﺍﻷﻣﻮﺍﻝ ﻭﻛﺜﺮﺓ ﺍﻷﻭﻻﺩ، ﻓﺎﻓﺘﺨﺮﻭﺍ ﺑﻬﺎ . ﻭﺣﺴﺐ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺃﻥ ﺍﻟﻌﺰ ﻭﺍﻟﺸﺮﻑ ﻓﻲ ﻏﺼﺐ ﺃﻣﻮﺍﻝ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻭﻇﻠﻤﻬﻢ ﻭﺳﻔﻚ ﺩﻣﺎﺋﻬﻢ . ﻭﺍﻋﺘﻘﺪﺕ ﻃﺎﺋﻔﺔ ﺃﻧﻪ ﻓﻲ ﺇﺗﻼﻑ ﺍﻟﻤﺎﻝ ﻭﺇﺳﺮﺍﻓﻪ، ﻭﺗﺒﺬﻳﺮﻩ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ": ﺇﻥّ ﺃﻛﺮﻣﻜﻢ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺗﻘﺎﻛﻢ " ، ﻓﺎﺧﺘﺮﺕ ﺍﻟﺘﻘﻮﻯ، ﻭﺍﻋﺘﻘﺪﺕ ﺃﻥ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﺣﻖ ﺻﺎﺩﻕ، ﻭﻇﻨﻬﻢ ﻭﺣﺴﺒﺎﻧﻬﻢ ﻛﻠﻬﺎ ﺑﺎﻃﻞ ﺯﺍﺋﻞ .
Ke-empat : Aku melihat sebahagian orang yang mengira bahawa kemuliaan itu ada pada banyaknya pengikut dan keluarga kemudian mereka menjadi tertipu dengan itu semua. Ada yang mengira bahawa kemuliaan ada pada banyaknya harta dan banyaknya anak, sehingga mereka membanggakan itu semua. Yang lain menyangka bahawa kemulian bisa diperoleh dengan ghosob (mengambil harta orang lain), mendholimi dan mengalirkan darah mereka. Yang lain lagi mengira bahawa kemuliaan diraih dengan berfoya-foya. Kemudian aku merenungi Firman Allaah : "Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang paling bertaqwa di Sisi Allaah ." kemudian aku memilih ketaqwaan dan aku yakin kalau al Qur-aan adalah haq dan benar, dan semua sangkakan mereka adalah salah dan batil.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺨﺎﻣﺴﺔ / ﺇﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻳﺬﻡ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺑﻌﻀﺎً، ﻭﻳﻐﺘﺎﺏ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺑﻌﻀﺎً، ﻓﻮﺟﺪﺕ ﺃﺻﻞ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺍﻟﺤﺴﺪ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﺎﻝ ﻭﺍﻟﺠﺎﻩ ﻭﺍﻟﻌﻠﻢ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ : " ﻧﺤﻦ ﻗﺴﻤﻨﺎ ﺑﻴﻨﻬﻢ ﻣﻌﻴﺸﺘﻬﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﺤﻴﺎﺓ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ " ﻓﻌﻠﻤﺖ ﺃﻥ ﺍﻟﻘﺴﻤﺔ ﻛﺎﻧﺖ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻓﻲ ﺍﻷﺯﻝ، ﻓﻤﺎ ﺣﺴﺪﺕ ﺃﺣﺪﺍً ﻭﺭﺿﻴﺖ ﺑﻘﺴﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ .
Kelima : Aku melihat orang-orang saling menghina dan menggunjing. Akupun menemukan sebabnya, adalah kerna rasa hasut, kedudukan dan 'ilmu. Kemudian aku merenungi Firman Allaah : "Sesungguhnya Kami telah tetapkan bahagian rizqi masing-masing dalam kehidupan di dunia." Kemudian aku mengerti jikalau bahagian itu adalah dari Allaah sedari azali dulu. Lalu aku tidak hasud kepada orang dan aku ridlo atas bahagian yang Allaah Berikan.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺴﺎﺩﺳﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻳﻌﺎﺩﻱ ﺑﻌﻀﻬﻢ ﺑﻌﻀﺎ ﻟﻐﺮﺽ ﻭﺳﺒﺐ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ": ﺇﻥّ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ ﻟﻜﻢ ﻋﺪﻭ ﻓﺎﺗﺨﺬﻭﻩ ﻋﺪﻭﺍً " ﻓﻌﻠﻤﺖ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺠﻮﺯ ﻋﺪﺍﻭﺓ ﺃﺣﺪ ﻏﻴﺮ ﺍﻟﺸﻴﻄﺎﻥ .
Ke enam : Aku melihat orang-orang saling memusuhi kerna suatu tujuan atau sebab. Kemudian aku merenungi Firman Allaah, "Sesungguhnya setan adalah yang menjadi musuh kalian. Maka jadikanlah dia sebagai musuh." lalu aku menjadi tahu kalau tidak diperbolehkan memusuhi seseorangpun selain setan.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺴﺎﺑﻌﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﻛﻞ ﺃﺣﺪ ﻳﺴﻌﻰ ﺑﺠﺪ، ﻭﻳﺠﺘﻬﺪ ﺑﻤﺒﺎﻟﻐﺔ ﻟﻄﻠﺐ ﺍﻟﻘﻮﺕ ﻭﺍﻟﻤﻌﺎﺵ، ﺑﺤﻴﺚ ﻳﻘﻊ ﺑﻪ ﻓﻲ ﺷﺒﻬﺔ ﻭﺣﺮﺍﻡ ﻭﺑﺬﻝ ﻧﻔﺴﻪ ﻭﻳﻨﻘﺺ ﻗﺪﺭﻩ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ": ﻭﻣﺎ ﻣﻦ ﺩﺍﺑﺔ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﺇﻻ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺭﺯﻗﻬﺎ " ﻓﻌﻠﻤﺖ ﺃﻥ ﺭﺯﻗﻲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭﻗﺪ ﺿﻤﻨﻪ، ﻓﺎﺷﺘﻐﻠﺖ ﺑﻌﺒﺎﺩﺗﻪ، ﻭﻗﻄﻌﺖ ﻃﻤﻌﻲ ﻋﻤّﻦ ﺳﻮﺍﻩ .
Ke tujuh : Aku melihat orang-orang bersusah payah membantingtulang mencari makan dan penghidupan hingga mereka jatuh dalam perkara syubhat dan haram, dan mereka menghinakan diri dan menghancurkan harga dirinya. Kemudian aku merenungi Firman Allaah : ''Setiap binatang yang hidup melata di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh Allaah.'' Kemudian aku tahu bahawa rizqi-ku ada pada Allaah dan Dia telah Menanggungnya. Lalu aku bersibuk diri untuk beribadah kepada-Nya dan aku putuskan harapanku dari selain Dia.
ﺍﻟﻔﺎﺋﺪﺓ ﺍﻟﺜﺎﻣﻨﺔ / ﺃﻧﻲ ﺭﺃﻳﺖ ﻛﻞ ﻭﺍﺣﺪ ﻣﻌﺘﻤﺪﺍً ﻋﻠﻰ ﺷﻲﺀ ﻣﺨﻠﻮﻕ، ﺑﻌﻀﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺪﻳﻨﺎﺭ ﻭﺍﻟﺪﺭﻫﻢ، ﻭﺑﻌﻀﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻤﺎﻝ ﻭﺍﻟﻤﻠﻚ، ﻭﺑﻌﻀﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﺮﻓﺔ ﻭﺍﻟﺼﻨﺎﻋﺔ، ﻭﺑﻌﻀﻬﻢ ﻋﻠﻰ ﻣﺨﻠﻮﻕ ﻣﺜﻠﻪ، ﻓﺘﺄﻣﻠﺖ ﻓﻲ ﻗﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ": ﻭﻣﻦ ﻳﺘﻮﻛﻞ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻓﻬﻮ ﺣﺴﺒﻪ، ﺇﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﺎﻟﻎ ﺃﻣﺮﻩ، ﻗﺪ ﺟﻌﻞ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻜﻞ ﺷﻲﺀ ﻗﺪﺭﺍً " ﻓﺘﻮﻛﻠﺖ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻓﻬﻮ ﺣﺴﺒﻲ ﻭﻧﻌﻢ ﺍﻟﻮﻛﻴﻞ .
Ke delapan : Aku melihat orang-orang berpegang teguh pada sesuatu yang diadakan. Ada yg berpegang kuat pada dinar dan dirham. Ada yg berpegang teguh pd harta dan kekuasaan.Ada yang berpegang kuat pada pekerjaannya. Dan ada yang berpegang teguh pada makhluq seperti dia. Kemudian aku merenungi Firman Allaah : ''Dan sesiapa bertawakkal kepada Allaah maka Dia Mencukupi untuk dirinya. Kemudian aku berserah diri kepada Allaah. Dia adalah Dzat yang Mencukupiku dan sebai-baik dijadikan pengurus adalah Dia."
ﻓﻘﺎﻝ ﺷﻘﻴﻖ / ﻭﻓﻘﻚ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﺇﻧﻲ ﻗﺪ ﻧﻈﺮﺕ ﺍﻟﺘﻮﺭﺍﺓ ﻭﺍﻹﻧﺠﻴﻞ ﻭﺍﻟﺰﺑﻮﺭ ﻭﺍﻟﻔﺮﻗﺎﻥ، ﻓﻮﺟﺪﺕ ﺍﻟﻜﺘﺐ ﺍﻷﺭﺑﻌﺔ ﺗﺪﻭﺭ ﻋﻠﻰ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻔﻮﺍﺋﺪ ﺍﻟﺜﻤﺎﻧﻲ، ﻓﻤﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻛﺎﻥ ﻋﺎﻣﻼً ﺑﻬﺬﻩ ﺍﻟﻜﺘﺐ ﺍﻷﺭﺑﻌﺔ . « ﺭﺳﺎﻟﺔ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ » ( ﺹ 18 , ﺍﻟﻤﻜﺘﺒﺔ ﺍﻟﺸﺎﻣﻠﺔ )
Kemudian Syaqiq berkata, "Allaah telah Menolongmu. Aku perhatikan dalam Taurat, Injil, Zabur dan al Qur-aan kemudian aku menemukan dalam keempat kitab itu berkisar pada kedelapan faidah itu. Jadi, sesiapa yg mengamalkannya, maka dia telah mengamalkan keempat kitab itu."
Komentar
Posting Komentar